Race day : Sunday, 18 March 2007Hari ahad kebiasaannya waktu tidurnya sampai matahari mencacak, tapi tidak hari ini. Seawal pukul 5.30pagi aku sudah memanaskan kancil hitamku sedangkan wari,mamat,jakpo sedang asyik memeluk bantal. Aku terus meluru ke rumah wawa dalam kegelapan pagi. Ayuz, Wawa & adik wawa sedang menanti kedatanganku.

Kami tiba di Dataran Merdeka pada pukul
6.05pg, parking di belakang menara DBKL dan aku terus salin pakaian dan terus berlari menuju ke
garisan permulaan. Kira aku berlari tu utk warmup lah. Larian utk
kategori 21km akan bermula pada pukul 6.30pg, adalah sedikit masa utk aku
warmup&stretching.
Tepat 6.30pg pistol meletup, tapi aku
tak start lari lagi sebab orang ramai kat depan aku pun tak boleh lari lagi, sesak abis...so jalan la sket². Jarak
2km pertama terpaksa selak orang utk berlari, pastu semakin lapang sbb ramai gak yang pancit. Dari Dataran Merdeka menghala ke bulatan KTM, terus keluar ke Jalan Istana, masuk ke Lebuhraya Persekutuan. Sampai di hadapan Mid Valley terus masuk susur kiri menghala ke Sg.Besi, Lari punya lari punya lari, sampailah kat depan Lapangan Terbang Sg.Besi, jaraknya 10km, bila tengok jam,dah sejam aku berlari. Aku teruskan larian masuk semula Jalan Istana dan susur ke Jalan Imbi (jalan depan times square).

Kat sini dah sesak semula kerana kategori 10 km pun lalu kat sini, masuk skit Jalan Raja Chulan, susur ke jalan Jalan Bukit Bintang pulak. Aku teruskan larian menyusur Jalan Sultan Ismail sehinggalah simpang ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Masa ni aku dah
separuh nyawa, adelah skit kederat utk aku menamatkan larian ke garisan penamat.

Alhamdulillah, dapatla jugak finisher medal...
Ayuz, Wawa & adiknya masuk kategori 10km, masa aku sampai tu diorang belum sampai lagi sebab diorang start lewat, 7.30pg...

Hari Isnin tu bila aku masuk opis, kecohla muka aku nih masuk paper Star Metro, Glamer kejapla aku masa tu...huhuhu..

Harap² akan datang lebih ramai kawan² dapat join, lagi ramai lagi seronok...
PASSION.......
NO PAIN NO GAIN